Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Monday, February 9, 2015

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Aku selalu bermasalah bile nak t.up pada mana-mana no yang aku pakai.. terlupe cara manual, kadang-kadang bile kite t.up melalui maybank2u ni menimbulkan keraguan, so untuk selamat t.up online ni kite pilih bahagian top-up with pin. Aku pakai Celcom, Digi dengan TuneTalk (org spesel bagi).. dan aku memang sokmo bermasalah bile top up manual ni, terlupa pangkal no, alang-alang cari camne cara untuk top-up Digi, no yang lain Maxis, Celcom, Umobile dan TuneTalk disertakan kat bawah:

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Cara Top-Up Prepaid Maxis, Celcom, Digi, Umobile dan TuneTalk

Celcom Reload
*122*0000000000000000# (16 Digit pin)
Check Balance *124#


Digi Reload
*123*0000000000000000 # (16 Digit Pin)
Check Balance : *126#


Maxis Reload
*111*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *122#


Umobile Reload
*138*00000000000000# (14 Digit Pin)
Check Balance *118#


TuneTalk Reload
*122*0000000000000000 # (16 digits PIN)
Check Balance : *111# or *133#
Share:

Siapakah Sufiah Yusof?

Sejak aku post pasal Sufiah Yusof ni tengahari tadi membuatkan keinginan untuk lebih tahu tentang Sufiah menghantui ku. Sampai aku tanya kat mak aku yang tengah masak kat dapur, mak kenal ke Sufiah yang genius Matematik kat Manchaster tu? mak aku mulekan la cerita pasal Sufiah ni.. tapi macam kompom tak kompom la.. aku bagitahu la yang Sufiah skang ni dah berubah total A-Z dari yang dulunya budak baik kepada pelayan seks di Manchaster. So bermulalah pencarian ku siape sebenar Sufiah Yusof Si Genius Matematik ni?

Hasil pencarianku dari beberapa buah blog, dapatlah aku faham beberapa perkara yang menyebabkan perubahan belaku pada Sufiah, antaranya adalah ayahnya sendiri. Tapi pendapat aku sendiri, tak sepatutnye cari rezeki dengan menjual tubuh seolah-olah takde jalan lain yang lebih baik dari tu. Sebagai seorang Islam, perkara ni kite semua tahu, haram hukumnya.. ditambah pulak dengan kematangan dan kepandaian beliau, semua tu pemberian Allah swt.. so kenape mesti pilih jalan yang confirm-confirm dilaknat Allah? mudah-mudahan Sufiah Yusof mendapat hidayah agar Allah menunjuknya kepada jalan yang sebenar. Amin

...Petikan Dari Sebuah Blog...

Siapaka Sufiah Yusof?

LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.

Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.

Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).

Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.

“Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.

Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.

Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.

Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.

Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.

Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.

Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.

Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.

Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.

Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”

Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.

Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).

Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.

Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall.

Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.

Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.

Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.

Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.

Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.

Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.

Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.

Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.

Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.

Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.

Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.

Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”

Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.

Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.

“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

Share:

Sufiah tak lagi rasa diri genius


KUALA LUMPUR, (MLP) - Wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, memberitahu dia kini tidak lagi merasakan dirinya pintar dan sedang berjuang untuk meneruskan hidup.

Perkara itu dimaklumkan Sufiah kepada wartawan TV3, Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool ketika ditemu bual untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Sufiah bagaimanapun tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Jelas Sufiah, kegagalan dan pengalaman pahit yang dialami banyak memberi pengajaran, namun dalam masa yang sama bersyukur kerana dapat menanganinya dengan baik.

Punya kelebihan dalam bidang Matematik, Sufiah masih menyimpan hasrat untuk memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks.

Sufiah menjadi tumpuan media apabila berjaya memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun pada tahun 1997.

Foto: TV3/Harian Metro


PS: Sape Sufiah nih? ntah aku sendiri pun tak tahu..  bile bace pasal die ni teringat pulak aku kat Amalina.. ntah la, dunia-dunia.
Share:

Sunday, February 8, 2015

Absorber Berbunyi Bila Langgar Bonggol Jalan Tak Rata. Solved!

Iswara Aeroback 1.3 M adalah kereta pertama aku selamat tukar nama pada 3 April 2014. So kalau ikut tahun 2015 ni, hampir setahun 'mamat' bersama aku dan bermacam-macam la pengalaman pahit manis kami lalui bersama. Dalam mase setahun ni, macam-macam aku modi kat 'mamat', korang bleh tengok label NI. Nak cite duit tu biaselah.. dah pakai kereta, so normal la ko kene keluar duit untuk maintenance dia. Itulah pasal sebelum beli kereta perlu untuk kite tahu kemampuan tuk sara makan minum kete tu, lagi besar CC, besar body, maka besarlah 'makan minum' nye.

Tu belum cerita nak cari pomen bagai yang sesuai dengan dan boleh bertanggungjawap tuk maintain maintenance keta korang, tak sesuai pomen.. cakap boleh, buat tak boleh.. duit da habis.. last2 pening kepala. Contoh mudah kau beli AUDI, PEUGEOT ect.. merangkak ko nak jaga kesihatan dia, screw saje dah brape? belum sembang maintenance lagi. HONDA bagi aku OK.. aku ada kenal sorang pomen yang terbaik pernah aku jumpa selama dok mencari pomen HONDA ni, sebab bapak aku pakai HONDA, hehe..


Okeh abaikan coloteh aku kat atas.. aku cume nak share pengalaman camne untuk selesaikan masalah absorber depan bunyi bila lalu jalan tak rata, atau langgar bonggol. Cenggini bunyi dia lebih kurang 'krek3' 'tung!'. Dah lama owner kreta lama tu tak maintain kreta dia walaupun body dan engin cantik, so terpaksa lah aku korban kan duit untuk selesaikan masalah ni. Sakit telinga woooo...

So sebelum bergerak ke kedai kereta, aku buat la sikit research pasal masalah ni 'absorber bunyi bila jalan tak rata' dan macam-macam la orang bagi pendapat dan pandangan. Bukan ape, nak bagitahu toke tu yang aku pun tahu jugak ape yang die buat.. so takdelah berani dia nak 'cekik' lebih-lebih.. kene ada taktik jugak nak berdepan dengan pomen2 ni, tambah2 cina..

Lepas jer dia test 'mamat', terus dia bagitahu ape masalah.. 

1. Absorber :-

2. Bush set 4pcs: Rm120.00

3. Sus Link Kit Set 2pcs: Rm70.00

4. Alingment: Rm10.00
5. Labour: Rm50.00

Tokey tu suruh aku tukar absorber skali..oh no.. aku baru tukar ok, jangan nak tipu lebih2 hahahaha.. hampeh betol. Start jer diorang buat keje sampai habis -alingment- sekali pun aku tak duduk. Tapi memang puas hati la walaupun habis Rm250. Bunyi yang begitu 'memualkan' semua dan settle, cume nak lagi cantik kene adjust chamber. Tu nanti la aku buat, aku bukan keje dah sekarang so bajet pun kureng.. hehehehe.. kome yang mengalamai masalah yang hampir serupa, boleh la test 'riki2' tanya pomen. Ok olls..
Share:

Pesawat AirAsia berlegar di udara 4 jam

 Pesawat AirAsia berlegar di udara 4 jam

KUALA LUMPUR, (MLP) - Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Tony menganggap perkara itu sebagai satu isu kecil dan mengesahkan pesawat berkenaan sudah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pesawat itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.


PS: Hal-hal teknikal seperti ini biasa terjadi pada mana-mana pesawat sekalipun dan tak perlu nak jadikan isu kecil ni sebagai satu isu besar. Tapi lah kan.. sepatutnye masalah teknikal ni tak sepatutnye berlaku lagi setelah banyaknye kejadian tidak terduga yang melibatkan pesawat2 Malaysia. Maksud aku, perlu lebih peka dari setiap sudut pesawat supaya perkara sama tidak berulang kembali.. tapi kalu dah nak jadi, nak wat camno kan? bak kate 'ustazah FB', semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi (isu K-POP).
Share:

Friday, February 6, 2015

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

Jackie Chan Kini Bergelar Datuk

KUALA LUMPUR, 1 FEB 2015: Pelakon aksi kelahiran Hong Kong Jackie Chan telah dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon yang berusia 60 tahun menerima penganugerahan ini daripada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2015.

Turut menerima gelaran yang sama, Ustaz Kazim Elias yang menjadi penceramah popular untuk  program Astro Kalau Dah Jodoh yang mempunyai  pengikut tersendiri menonton program tersebut

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Datuk Jackie Chan dan Datuk Ustaz Kazim Elias yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia.


PS: Macam tu jer JC dapat gelaran Datuk.. orang luar boleh dapat gelaran Datuk? mudah bebeno.. ape bakti dia pada Malaysia sampai boleh dapat gelaran tu? bukan aku nak cemburu buta ke hape, fcukoff la dengan ape bagai gelaran, takde makna pun bagi aku. Oklah seseorang yang betul2 banyak berbakti pada negara dan diatas kesungguhannye, dianugerahkan penghormatan ke hape la.. tapi ni oreng luer.. ntah looooo.
Share:

Siasatan nahas TransAsia tumpu pada kegagalan enjin

Siasatan nahas TransAsia tumpu pada kegagalan enjin

TAIPEI: Kegagalan satu enjin pesawat TransAsia yang terhempas di Taiwan kelmarin hingga mengorbankan 35 nyawa serta kemungkinan juruterbang mematikan satu lagi enjin menjadi tumpuan siasatan, menurut pakar dan penganalisis penerbangan.

Penemuan awal daripada kotak hitam pesawat itu dikeluarkan hari ini ketika terdapat laporan bahawa ketua juruterbang masih menggenggam alat kawalan pesawat ketika mayat beliau ditemui dalam kokpit.

Pentadbiran Penerbangan Awam (CAA) turut mendedahkan bahawa TransAsia Airways gagal mematuhi kira-kira satu per tiga keperluan peraturan yang dikenakan selepas satu lagi insiden pesawat terhempas tujuh bulan lalu di Pulau Penghu di Taiwan.

Kelmarin, pesawat ATR 72-600 buatan Perancis yang dilengkapi dua enjin turboprop Pratt & Whitney, terhempas ke sungai.

Menurut Majlis Keselamatan Udara Taiwan, enjin sebelah kanan pesawat berkenaan "mati" kira-kira dua minit selepas berlepas dari lapangan terbang di utara Taipei.

Pengarahnya, Thomas Wang, berkata isyarat amaran berbunyi dalam kokpit dan enjin sebelah kiri kemudian dimatikan secara manual oleh juruterbang atas sebab yang tidak diketahui.

"Juruterbang cuba menghidupkan semula kedua-dua enjin tetapi gagal. Ini bermakna ketika saat akhir penerbangan itu, kedua-dua enjinnya tiada sebarang daya tujahan. Kami mendengar 'Mayday' pada 10:54:35," katanya.

Wang berkata, adalah "tidak jelas" kenapa enjin sebelah kiri dimatikan secara manual.

"Kami tidak membuat sebarang rumusan," katanya.

Namun, penganalisis berkata juruterbang mungkin melakukan satu kesilapan.

"Mereka kelihatan mematikan enjin yang salah," kata Greg Waldron, pengarang penerbitan industri penerbangan Flightglobal.

"Enjin sebelah kanan mati tetapi ia tidak cukup menyebabkan pesawat terhempas kerana ATR direka untuk terbang dengan satu enjin," katanya. - AFP

Share:

Saturday, January 24, 2015

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Tunaikan Nazar, Rozita Che Wan Terpaksa Tinggalkan Anak

Pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) akui terpaksa tinggalkan anak perempuan kesayangannya Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia tiga bulan untuk menunaikan nazar.

Menurut Che Ta, sebelum ini dia pernah bernazar untuk mengerjakan umrah sekiranya hamil lagi selepas berkahwin.

“Memang agak sukar nak tinggalkan Aaisyah lebih-lebih lagi dengan usianya yang baru tiga bulan.

“Tapi saya terpaksa juga tinggalkan dia kerana perlu menunaikan nazar iatu sekiranya hamil lagi selepas berkahwin, saya akan buat umrah bersama suami.

“Alhamdulillah doa kami diperkenankan Allah dan ini adalah kali pertama saya buat umrah bersama Zain,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro pada Jumaat.

Aktres cantik ini juga memberitahu agak sukar baginya untuk berenggang dengan Aaisyah kerana masih kecil.

“Sebelum ini pun saya tolak tawaran berlakon kerana terasa susah nak tinggalkan anak yang masih kecil

“Malah jika saya ada kerja luar pun saya akan cuba sedaya upaya untuk bawa Aaisyah jika berpeluang.

“Kadang-kadang saya keluar rumah dan tinggalkan dia sekejap pun pasti saya akan hubungi keluarga untuk tahu perkembangan Aaisyah,” ujarnya.

Tambah Che Ta lagi, Aaisyah akan dijaga oleh keluarganya sepanjang dua minggu ketiadaan mereka.

"Sebenarnya emak saya suruh bawa Aaisyah sekali kerana dia bukanlah bayi yang banyak ragam.

“Cuma berdasarkan cerita rakan saya, di sana banyak habuk jadi saya putuskan untuk tinggalkan dia dengan keluarga.” tambahnya.

Pasangan ini akan mengerjakan umrah pada 20 Februari depan.

Sumber

Nazar dapat dimengerti adalah satu perjanjian antara manusia kepada Allah, apabila Allah mengkabulkan hajat seseorang yang bernazar, maka wajib keatasnya melaksanakan nazar tersebut. Nazar haram adalah penjanjian yang boleh mendatangkan kemudaratan, sesuatu yang haram, kepada seseorang seperti berjanji untuk minum arak, membunuh, berzina dan sebagainya. So kalau kes Che Ta nak tinggalkan anak ni bukanlah sesuatu yang termasuk dalam kemudaratan, mendatangkan dosa, takde masalah. Dan itu antara die dengan Allah.

Baguslah bernazar, menunjukkan adanya perhubungan antara manusia dengan Allah, dan menurut aku nazar yang dibuat untuk menunaikan Umrah adalah sesuai. Cume pandangan aku sebagai seorang yang cetek ilmu pengetahuan, berfikiran lebih baik Che Ta ni nazar sesuatu yang lebih 'power', penting dan asas dalam agama, iaitu MENUTUP AURAT. Adalah lebih utama menjaga aurat melihat bahawa beliau sudah menjadi seorang isteri dan ibu kepada seorang anak. Bukan aku kate pegi umrah tak bagus, dan itu takde masalah dengan aku kalau sape-sape nak pegi.. cume, melihat dengan dunia sekarang yang tak sudah-sudah dengan maksiat sana sini, datangnye dari mane kalau bukan dari diri sendiri?

Atas dorongan dan ikutan dari sape semua ni terjadi? kenape dekat mall2 majoriti perempuan semua pakai ketat2? nak salahkan siape? mak ayah? kerajaan? kawan2? atau idola-idola mereka? Paling tidak, kene ada usaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengatakan benar dan salah terhadap sesuatu. Kite ada kuasa, ada populariti, ada kemewahan.. gunakan sebaik mungkin untuk mengankat kembali nilai murni Islam dalam diri setiap manusia. Sampai bile nak duduk bawah ketiak mak kalau bukan kerana usaha sebagai pendorong utama?
Share:

Friday, January 23, 2015

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Aku nak share serba sedikit pengalaman aku selama menguruskan pinjaman Mara, ape yang dahpun aku hadapi dan ape saje yang perlu kite tahu berkaitan proses Mara terima atau tidak permohonan kite dan acaner kite nak tahu permohonan kite berjaya atau tidak. So aku akan gunakan penulisan dan peneranga sesantai mungkin, atau mungkin menggunakan istilah yang aku sendiri pun tak faham.. pandai-pandai la kome faham yep.

Antara perkara yang selalu merosakkan mood aku adalah duit, ade ke idak duit, cukup ke idak nih, camne tu camne ni.. sebenarnye tak perlu risau gelisah bagai, setiap pekerjaan baik yang kite lakukan pasti akan mendapat pertolongan dari Allah, musti ada jalan punye. Sebelum aku mohon Mara, aku dah mohon dulu Mybrain. Secara singkat ape tu Mybrain adalah bantuan kerajaan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan Phd, untuk lebih lanjut.. sila buat pencarian berkaitan Mybrain atau boleh KLIK SINI.

Soo.. lepas aku dah berjaya daftar (boleh rujuk sini) dan kemaskini segala maklumat yang diperlukan, haku ingatkan buleh la settle tunggu macam tu jer.. ropenye ado koje lagi perlu diselesaikan.. hayyak.. dan keje tu pun perlukan kesungguhan dan kerajinan tuan punya badan. Macam aku buat lambat-lambat, so result pun mesti lambat.. dan jangan dengki dengan kawan yang dapat awal sebab drang rajin pegi submit awal. Lepas dah daftar, diterima dan siap mengemaskini segala maklumat.. ape yang perlu dibuat adalah print out borang-borang dan buat soletap (macam asingment tu). Rujuk buku panduan yang diberi, satu lagi saran aku, baca satu persatu dan fahami dengan jelas setiap patah perkataan supaya korang tak buat kesalahan.

Lepas dah soletap bagai mengikut sepertimana arahan dalam buku panduan, aku tak perlu cerita detail macam setem hasil, penjamin, cop di pesuruhjaya sumpah dan sebagainye. Berkaitan dengan pesuruhjaya sumpah, korang perlu hadir bersama penjamin (ayah ect) ke mahkamah, jadi macam mana kalau jauh macam aku UKM ke Ipoh? setelah mendapat saranan dari member, tak perlu penjamin turut hadir, cukup korang bawak borang yang perlu dicop tu ke office pesuruhjaya sumpah. Tak pe ke? soal takpe ke ape ke.. aku tak berani jamin, tapi masa aku buat takde hal pun. Pegawai tu tak tanya banyak, mintak borang.. kite kabo le nak cop pesuruhjaya sumpah, kite perlu sediakan duit Rm10 kalau tak salah dan diserahkan pada pegawai tu, untuk ape duit tu.. nanti korang tanya sendiri. So kat mane lokasi pesuruhjaya sumpah tu? kalu kome di UKM Bangi, di area stesen bus Kajang.

Haaa lopeh dah settle semua.. nilah masanya untuk kome jalan-jalan di KL. Ok segala borang tersebut perlu diserah dan disahkan oleh pegawai Mara di Ibu Pejabat Mara, ikut tempat kome le.. kalau aku di KL ni alamatnye:

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan) Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Tel : 03-2613 9994

Siap ado no telepon lagi. HQ Mara di KL ni agak tersorok sikit sebab dia combine dengan banggunan ape ntah.. lupe dah aku. So untuk tahu exactly HQ Mara ni, bertanya lebih baik dari mendiamkan diri. Tanya la orang-orang berhampiran anda. Aku boleh bagi peta setakat korang tahu SOGO? keluar dari pintu depan SOGO, jalan lurus ke kiri dan korang akan jumpa HQ Mara. Tanya orang OK, sebab memang agak susah nak carik.

Ok lepas dah jumpa HQ Mara di tingkat 4 kalau tak salah, prepare borang kome sebaik mungkin, pastikan segala T.T, cop, helaian dan sebagainye mencukupi. Bukan ape, ni untuk mengelak kome dari dikondem oleh pegawai yang hampeh. Masuk pejabat diorang, amik no dan beratur ikut giliran.. jangan kau redah pulak, ingat tu. Bile dah sampai giliran kome, serahkan segala borang kepada pegawai dan mereka akan mengesahkan adakah anda mengikut sepertimana tertulis dalam garis panduan. Kalu ada yang tak OK, dia akan bagitahu.. tak perlu cuak ke hape, tanya dan dengar baik-baik sebab sangat penting untuk kome faham ape yang problemnye. Ramai jer members aku lepas dengan sekali hantar, aku je 3 kali hantar. Hehehehehe.

Untuk pengetahuan korang, kalau pegawai tu dah kate OK dan dia simpan borang tu, bermaksud 30% permohonan Mara korang akan diterima, tapi belum confirm selagi korang tak lepas masa menunggu melebihi 3 bulan. Tapi ramai jer dapat awal sebelum 3 bulan? 2 minggu lepas hantar dah dapat? memang betul ape yang korang cakap, ada sesetengah pelajar dapat awal tanpa perlu menunggu 3 bulan, mengikut beberapa maklumat dari member selepas die sendiri call tanya pihak Mara, pelajar yang dapat awal adalah disebabkan mereka hantar borang sebelum 2 minggu selepas mendaftar di dalam sistem (pendaftaran awal). Bagi yang terlepas atau hantar pada minggu ke 3 dan seterusnye, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan. Kalau tak salah aku, yang hantar borang sebelum 2 minggu selepas mendaftar di dalam sistem tu mereka dapat Mara lepas 1 bulan menunggu. So harap korang faham penjelasan berterabur aku.

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Lepas dah settle semua borang, korang boleh daftar di ebaki Mara untuk check segala maklumat berkaitan pinjaman Mara korang. Boleh KLIK LINK ni, cume sekarang ni sistem sedang diselenggara so korang tak buleh nak daftar, bile waktu OK aku sendiri pun tak tahu.

Lepas dah berjaya daftar, ape yang perlu kome buat adalah menunggu mengikut Mara kome diterime sepenuhnye. Macam aku cakap tadi, antara 1 bulan atau 3 bulan mengikut masa mengkome nganto borang ke HQ Mara, kalu tak faham.. baca balik penerangan di atas, almaklum, kekadang orang excited sangat sampai mende penting pun jadi tak penting. Okeh pada perenggan seterusnye aku akan share pulak pengalaman berkaitan respon Mara pada permohonan kite, proses ke idak, kat mane nak tahu permohonan diterime sedangkan Mara memang takkan inform kecuali ade hal tertentu. Ni pengalaman member aku setelah 3 bulan lobih menunggu tak yo masuk-masuk, sampai ada yang sound-sound dekat FB.. yolah, respon takdek, tunggu 3 bolan lebih nih.. sapo tak marah?

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

So guane? perkara pertama buleh kita usahakan adalah dengan menghantar email kepada pihak Mara mengikut kepandaian mengkome mengolah kata-kata seperti contoh di atas. Aku buat macam gini setelah mendapat saran dari beberapa rakan lepas mereka mendapat direct respon dari Mara sendiri, maksudnye, lepas diorang call or email, Mara terus respon kata duit akan masuk dalam masa terdekat. Email dan no telefon Mara ada disediakan kat bawah, atau kome buleh download sendiri panduan, pertanyaan dan bantuan direct pada pihak Mara di eBaki Mara. Untuk pengetahuan mengkeme, lepas teman nganto email, Mara tak respon mende pun.. maksudnye kat sini, luck tu penting, bukan semua orang Mara akan respon, tapi paling tidak kite ada usaha, right? Satu lagi, bukan mudah nak dapatkan email Mara khusus bahagian pinjaman, lepas kome dah download di eBaki Mara, kome akan faham maksud teman.

infobpp@mara.gov.my,
sulfikah@mara.gov.my,
nhasidah@mara.gov.my,
No tel: 03-2613 2494

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Perkara kedua pulak adalah dengan memeriksa akaun Mara eduloan kome. Cube perati gambar email di atas, di bawah perkataan Sila cetak maklumat di bawah ada banyak borang right? Mara diterima 95% selepas borang-borang tersebut telah di padam kecuali Surat Tawaran. Lepas semua borang dah dipadam kecuali Surat Tawaran, keme buleh la check Maybank2u atau bank yang telah didaftarkan. Aku tak rekemen kome nak check bank hari-hari.. sebab sakit hati jer mende yang same, walaupun keme check di eduloan Mara pun same je.. atleast kurang la sikit sakit hati tu, bagi aku la. Lagipun kalau check di eduloan Mara, dan hanya tinggal Surat Tawaran, bermaksud permohonan pinjaman Mara telahpun diterima 95%, hanya perlu tunggu 2-3 minggu.. tapi aku dapat 1minggu ++ jer.

Ape-ape pun.. selamat buat korang semua, moga berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Silekan bertanya jika ada kekeliruan berkaitan pinjaman pelajaran Mara di bahagian komen. Ada dua lagi bantuan yang boleh kome mohon, Mybrain15 dan Zakat UKM, yang ni nanti lah aku cerita.. tak larat nak naip yoep!

Beberapa panduan mungkin diperlukan:

arahan borang Mara
eduloan-FORM
Panduan Permohonan Online MARA _ 04-21 Feb 2013
tatacara-pengisian borang pinjaman mara
Share:

Gambar+Video: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat


RIYADH: Raja Abdullah bin Abdulaziz mangkat pada Jumaat, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh istana diraja.

Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.

Sebelum berita kemangkatan itu diumumkan, saluran televisyen Arab Saudi memainkan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat al-Quran, yang biasa dilakukan apabila berlaku kematian dari kalangan kerabat diraja.

Raja Abdullah yang mula menaiki takhta pada tahun 2005 menggantikan abang tiri baginda, Raja Fahd, menerima rawatan di hospital sejak beberapa minggu kerana gering akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, adik tiri Raja Abdullah,  Muqrin, yang berusia dalam lingkungan 60-an, bakal diangkat sebagai putera mahkota.

Fahd, Abdullah dan Muqrin merupakan putera-putera kepada pengasas Arab Saudi moden iaitu Raja Abdulaziz yang telah mangkat pada tahun 1953.

Abdullah disifatkan sebagai seorang yang membawa perubahan di Tanah Arab dan antara perkara yang diingati adalah Baginda membenarkan pentadbiran Baginda dikritik secara sederhana dan pernah memberi pandangan bahawa kaum wanita perlu dibenarkan untuk bekerja.

Semasa hayat Baginda, Raja Abdullah dikenali sebagai tokoh yang lantang mengkritik dasar polisi Amerika Syarikat (AS) malah menjadi suara tengah dalam usaha membawa perdamaian di Asia Barat termasuk menjadi pengantara dalam konflik Arab-Israel. Lebih awal daripada itu, Baginda pernah menyeru tentang penyatuan bangsa Arab.

Dalam perkembangan berkaitan, ramai pemimpin negara dunia menyampaikan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak juga melalui akaun Twitternya menyampaikan rasa hiba atas kemangkatan Baginda.

Begitu juga dengan Presiden AS Barack Obama yang mewakili rakyat negaranya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas kemangkatan Abdullah.

Sumber

Video Raja Abdullah Abdulaziz
Share:

Thursday, January 22, 2015

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu
SEORANG penyanyi kumpulan popular era 90-an ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor semalam kerana didakwa memiliki dadah jenis heroin.

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Usaha mendapatkan perintah reman terhadap seorang bekas vokalis kumpulan pop terkenal era 90-an atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini bertukar kecoh apabila penyanyi tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.

Kejadian itu berlaku sewaktu beberapa jurugambar merakam gambar suspek yang memakai baju hitam itu ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Mohd. Rahbadar An-Nur Haslan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama.

Vokalis berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat, dekat sini tengah malam tadi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Rakan wanitanya turut direman empat hari sehingga Sabtu ini di mahkamah sama.

Menurut sumber polis, dalam soal siasat awal, penyanyi tersebut mendakwa telah terbabit dalam gejala penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.

Sumber.

Gambar+Video: Zamani Slam Ditahan Reman Hingga Sabtu

Kecoh kan di facebook zamani dipaksa nyanyi oleh salah seorang anggota Polis yang bertugas waktu tu? bagi aku memang tak patut la.. hormat la brader lagend nih, yang buatkan orang lagi tak puas hati bila zamani nyanyi dengan tangan kanan digari. Maybe disebabkan terlampau obses nak jadi artis FB, sampai tak perasan dah menggugat sensitiviti orang lain. Layan video Zamani Slam Dipaksa Nyanyi kat bawah.

Video Zamani Slam Dipaksa Nyanyi
Share:

Wednesday, January 21, 2015

Imigresen Australia tahan Sirul di Brisbane

"Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut" -boleh pulak cenggitu ea? habistu kalu orang buat jenayah bunuh orang, pastu lari ke Autralia, terlepas dari hukumun mati. Aii.. seronok la penjenayah kalau camni.

... Berita Penuh ...
Imigresen Australia tahan Sirul di Brisbane

Pihak berkuasa Australia mengesahkan penahanan bekas anggota pasukan elit polis Malaysia, Sirul Azhar Umar.

Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan semalam oleh pasukan imigresen Australia.

"Jabatan ini menahan seorang individu bukan warganegara tanpa izin semalam di Brisbane.

"Jabatan ini maklum dengan kepentingan pihak berkuasa Malaysia ke atas individu berkenaan.

"Namun atas sebab-sebab sulit, (jabatan ini) tidak dapat mengulas lanjut," kata jurucakap Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

Penahanan itu dibuat selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga mengesahkan penahanan itu, lapor Bernama.

Katanya, polis akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

Mahkamah Persekutuan pada hari Rabu lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan seorang lagi responden, Azilah Hadri.

Kedua-dua orang bekas anggota Unit Tindakan Khas itu didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.   
   
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Share:

Thursday, January 15, 2015

Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

Pelik ke perempuan melayu bertudung berpeluk dengan artis K-Pop atas pentas yang dihadiri oleh beribu orang menyaksikan "aksi" tersebut macam takdek pape berlaku je? apakah hukumnya bukan muhrim bersentuhan malah berpelukan? tapi aku buleh kata tak hairan lah diorang tu relax jer berpeluk.. Rosmah relax je peluk Lee Chong Wei.. ke guane hukum die? aku ni jahil sikit bab2 hukum hakam.. ace mengkome yang arif bijaksane-sini berikan hukum.

... Berita Penuh ...
Peluk Chong Wei berbeza insiden K-Pop

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya.

Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com , beliau yang turut melahirkan rasa kesal tindakan Shahbudin yang juga penulis blog, yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

Sumber: freemalaysiatoday.com
Share:

Wednesday, January 14, 2015

Pembayaran Dan Semakan Br1m 4.0

Pembayaran Dan Semakan Br1m 4.0

Tengah sedap makan dapat whatapps dari kawan suruh check account, katenye Br1m dah masuk.. yeke? aah memang dah masuk Rm350 di maybank acc ku. Seperti yang dapat korang tengok ss kat atas pembayaran Br1m untuk golongan bujang macam aku ni. So bagi yang belum dapat, boleh check online kat sini:


PUTRAJAYA 29 Dis. – Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir bulan depan, akan dipercepatkan mulai 15 Januari 2015 bagi meringankan beban mangsa banjir di negara ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai khususnya penerima BR1M boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau di talian 03-88824565/4566 serta melalui e-mel br1m@treasury.gov.my.


Bayaran BR1M 2015 starting 15 January

BR1M is going to be disbursed starting Jan 15 instead of end of the month of Jan due to the flood happening in several states. The payment of Jan is the first installment for household category recipient. The rest will be paid on May and September later.

Regarding this brought forward matter, the second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni said the government is considering the difficulties facing the flood victims, especially the BR1M recipients.

The BR1M payments would be made in stages, with priority given to those in affected by the floods. That means not all the recipient will receive their payment on Jan 15, kindly check your bank account within the promised period.

For Takaful i-BR1M, the people can start to claim starting next month. The deadline for i-BR1M is on end of March 2015. You can call the i-BR1M hotline , 03-27162716 to get help.
Sumber
Share:

Monday, January 12, 2015

Azilah, Sirul bersalah bunuh Altantuya diputuskan hukuman mati

Salah tetap salah, hukum tetap hukum bersesuaian kesalahan yang dilakukan itulah dinamakan hukum qisas di dalam Islam. Mencuri hukumnya potong tangan, berzina hukumnya rotan bagi yang belum kahwin, begitu juga bunuh hukumnya bunuh melainkan ahli keluarga si mati memaafkan, tapi tetap juga perlu membayar denda.

Begitulah kemurniaan hukum Islam, tak dapat tangkap sekarang, jangan lupa hari mendatang, di dunia tidak dihakimi, di akhirat pula menanti. Mungkin ada yang terlupa bahawa dunia sudah tua dan tidak mampu lagi menampung benyaknya kerosakan, kejahatan dan kemaksiatan berlaku di dunia. Sedarlah wahai manusia, tak lama lagi kiamat bakal menjelma dan tidak pula mengenal usia.

... Berita Penuh ...
Azilah, Sirul bersalah bunuh Altantuya diputuskan hukuman mati

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Suriyadi berkata, notis alibi yang dikemukakan kepada pendakwaan tidak disokong oleh bukti kukuh oleh kedua responden.

Katanya, mahkamah mendapati kedua responden ada niat bersama untuk melakukan pembunuhan itu yang disokong dengan bukti barangan peribadi milik si mati yang dijumpai bersama responden kedua (Sirul Azhar).

Sementara itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar selepas beliau gagal hadir untuk menerima penghakiman.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, peguam bela, Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad mewakili Azilah selaku responden pertama manakala Kamarul Hisham Kamaruddin bertindak bagi pihak respoden kedua iaitu Sirul Azhar.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006.

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

2006:

26 Oktober: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

6 November: Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

7 November: Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

15 November: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi hari berikutnya.

16 November: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Oktober di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

2008:

31 Oktober: Mahkamah Tinggi membebaskan Razak tanpa memerintahnya membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau. Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Azilah dan Sirul Azhar dan memerintahkan mereka membela diri.

14 November: Timbalan pendakwa raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan tidak akan merayu terhadap pembebasan Abdul Razak.

2009:

15 Januari: Azilah dan Sirul Azhar memulakan pembelaan diri. Azilah memberi kenyataan bersumpah dari kandang saksi.

4 Februari: Sirul Azhar memberi kenyataan bela diri dari kandang tertuduh.

9 April: Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dihukum gantung sampai mati.

10 April: Azilah memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.

13 April: Sirul Azhar memfail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman matinya.

2013:

24 Jun: Mahkamah Rayuan mendengar rayuan kedua-dua mereka.

23 Ogos: Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan oleh Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka dari tuduhan berkenaan. Pendakwaan memfail rayuan pada hari yang sama.

2014:

23 Jun: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan pihak pendakwaan. Perkara itu didengar selama tiga hari.

25 Jun: Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menangguhkan keputusan mereka terhadap rayuan pendakwaan.
Sumber
Share:

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

KUALA LUMPUR: Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad telah dijatuhkan hukuman buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong serta-merta selepas didapati bersalah di atas dua dakwaan melanggar protokol mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota yang terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

Dalam satu laporan Berita Harian, Saadon berkata tindakan Zaidi berdiam diri ketika dipanggil membela diri sudah cukup untuk mensabit kesalahannya.

Zaidi dilaporkan menuturkan  ‘jumpa nanti di mahkamah Allah’, selepas mahkamah rayuan membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan.

Zaidi dilaporkan bercakap tanpa henti dan mahkamah terpaksa mencelah dan menyuruhnya berhenti bercakap dan menghormati mahkamah.

"Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah," katanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa telah melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat) no. 13 1961.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Panel hakim itu melepas dan membebaskan Zaidi daripada lima pertuduhan lain setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
  1. Sumber
  2. Pendedahan dilakukan Mejar Zaidi
  3. Kenali Mejar Zaidi
Share:

Ramalan angin kencang, laut bergelora hingga Sabtu

Ramalan angin kencang, laut bergelora hingga Sabtu

Kuala Lumpur: Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan ketika ini dijangka berterusan hingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata, keadaan angin timur laut, yang bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk perkhidmatan feri dan penangkapan ikan.

Jabatan itu juga berkata, paras laut di kawasan pesisir Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur berkemungkinan meningkat hingga 17 Januari.

“Sementara itu, ribut petir di perairan Pahang, Johor Timur dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri) dijangka berterusan hingga tengah hari ini,” katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran bahawa angin kencang dan keadaan laut yang bergelora di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan serta di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching, Labuan dan Sulu akan berterusan hingga 17 Januari.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk pekerja di pelantar minyak, kegiatan penangkapan ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.– BERNAMA
Sumber
Share:

Saturday, January 10, 2015

Ditipu Sindiket Ejen Umrah

Tersadai di Arab Saudi

Ditipu Sindiket Ejen Umrah
SEBAHAGIAN daripada 106 jemaah Malaysia yang mengerjakan umrah di Madinah mengadakan demonstrasi.

Kuala Kubu Bharu: "Saya sedih mengenangkan nasib malang keluarga abang yang masih tersadai di Arab Saudi akibat ditipu sindiket ejen umrah," kata Zaidi Ahtan, 44, mengulas kejadian menimpa abangnya, Ahmad Ahtan, 53 di Madinah ketika ini.

Menurutnya, abangnya bersama 106 jemaah umrah Malaysia yang lain ditipu agensi umrah yang beroperasi di Puchong, Selangor, apabila gagal membawa pulang semua mereka ke Malaysia.

"Saya dihubungi abang melalui aplikasi WhatsApp mengenai masalah dialami sejak 3 Januari lalu.

"Mereka merayu Kerajaan Malaysia membantu menyelesaikan masalah dialami.

"Mereka bagaikan pelarian di negara orang apabila pasport dan visa masih dipegang ejen umrah terbabit," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya di Taman Bukit Bujang di sini, semalam.

Sumber

Apo nak jadi la dengan dunia sekarang, semua perkara nak dijual belikan. Sampaikan agama pun diorang tak peduli orang nak ibadah ke nak ape ke.. yang penting duit masuk poket, halal haram lain cite.. padahal kalau nak diikutkan, walaupun ejen2 ni hanya bertanggungjawab untuk pastikan urusan umrah ni berjalan lancar, pada masa yang same diorang pun dapat habuan pahala jugak. Allahuakbar.. mudah-mudahan hidayah Allah sampai pada mereka suatu hari nanti.
Share:

Friday, January 9, 2015

Dua beradik yang hilang sejak Rabu ditemui selamat

Masih ingat kes dua beradik yang hilang tulat lepas? boleh review sini: http://www.duadz.com/2015/01/berhati-hati-mata-mata-memerhati-anak.html. Alhamdulillah berkat doa dan usaha semua.. dua beradik tersebut selamat ditemui dan kembali ke pangkuan keluarganya.

... Berita Penuh ...

Dua beradik yang hilang sejak Rabu ditemui selamat
KUALA LUMPUR: Kegelisahan ibu kepada dua beradik yang hilang sejak Rabu, berakhir apabila Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, kini telah kembali ke pangkuan keluarga dengan kerjasama pihak polis.

Perkara itu, menurut sebuah laporan, telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh.

Dua beradik itu pada Rabu, meminta kebenaran ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum disedari tidak kembali semula setelah lebih 15 minit.

Melalui status di laman media sosial perniagaan ibunya pagi tadi, turut dinyatakan mengenai situasi dua beradik tersebut yang telah dijumpai pihak polis.

"Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari daruli rumah seperti yang didakwa," kata status berkenaan.

Bapa dua beradik itu, Hudzaifah Fauzie, ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi memberitahu, anak-anaknya kini sudah bersama keluarga dan mereka dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih pada pihak yang membantu menyebarkan khabar sehingga anak-anak kami ditemui semula," ujarnya.

Pada masa yang sama, Hudzaifah kesal terhadap fitnah yang dilemparkan oleh pengguna media sosial sejak khabar kehilangan anak-anak mereka disiarkan umum.

"Harap pihak-pihak tertentu hentikanlah semua tanggapan buruk yang ditujukan kepada keluarga kami. Sekarang ini semuanya sudah selamat," katanya.

Mohd Iman dan Nur Alysyah dilaporkan hilang sejak 9 malam Rabu lalu selepas mereka keluar dari premis niaga ibu bapa mereka untuk ke kedai.
Sumber
Share:

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

Kali ni apa pula sampai bom mengebom? jangan jadikan ini sebagai isu antara Malaysia Indonesia sudah.. 

... Berita Penuh ...

Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia

BELAWAN - INDONESIA. Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.

Share: