Friday, May 12, 2017

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)
Proton Iswara Hatchback 1.3 Manual 2001

Oleh sebab besok cuti dan sempena birthday roommate aku sambil dok makan2 kek ni.. aku nak share lah sedikit sebanyak pengalaman aku berurusan dengan used car. Yups! kereta second hand. Ape yang cube aku kongsikan di sini tidaklah 100% menjawab persoalan korang, tapi insyaAllah membantu walaupun sedikit. 2-3 bulan ni aku busy mengurus menjual dan mencari kereta. Kereta lama kesayangan aku Proton Iswara Hatchback 1.3 Manual 2001 selamat dengan izin Allah terjual dengan harga RM3500. 

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)
Honda City Idsi 1.5 Auto 2005

Target aku pulak cari kereta Honda City Idsi 1.5 Auto 2005 keatas, dengan budget RM15000? Susah bang nak cari tahun 2005 keatas dengan harga tuh.. 15k boleh dapat kalau tahun 2004 kebawah, itupun kalau pandai cari. So dalam masa 2-3 bulan aku gigh mencari secara online, aku target online sebab nak cari direct seller, bukan dealer atau company. 

Kenapa direct seller?
  1. Kereta terjaga. Bagi aku, direct seller ni memang agak payah dari segi urusan tukar nama puspakom dsb walaupun sebenarnye sangatlah mudah.
  2. Condition lebih selamat dari used car. Cari la seller yang beriman, tengok cara dia bercakap, tengok keadaan kereta, enjin kereta dan test drive.
  3. Kawtim harga. Berbanding direct seller dengan company, markup company lagi tinggi. Iswara hatchback RM7500 beb! 
  4. Jujur dan tak reti menipu. Yelah, sape yang tak reti menipu kan.. tapi berapa ramai dah orang kena game dengan company, tengok luaran polish bagai, sekali guna baru 2 bulan dah leaking sana sini. Atleast masalah kereta boleh rujuk dengan ex owner directly.
Cari kereta secara online.
  1. Mudah.my
  2. Carlist.my
  3. Google.com
Tak kisah samada nak beli dengan direct seller atau used car, kat bawah point aku share antara yang perlu diberi perhatian sebelum korang buat keputusan membeli. Penting! sebab bila dah bertukar tangan, nak buat ape pun tak boleh, jadi sebelum bertukar tangan, prepare yourself dengan ape yang patut.. paling tidak ada basic pasal kereta yang korang nak beli tuh. Sebenarnye bukan je penjual yang reti bercakap tu tahu belaka, jadi gunakan kuasa psychology. Dengan sedikit basic yang korang ada, plus confident, sedikit sebanyak die akan berfikir kau bukan kosong.

Panduan Membeli Kereta Terpakai (Used Car)

Tips ni berguna samada nak membeli dengan direct seller atau used car, ape yang perlu korang prepare?
  1. Berdoa minta Allah permudahkan urusan.
  2. Study pasal kereta yang korang idamkan. Kelebihan dan kekurangan.
  3. Belajar procedure jual beli (puspakom, tukar nama JPJ, insuran dan roadtax).
  4. Amik tahu market kereta yang anda mahu.
  5. Bawak foreman. Ni penting, bayar la sikit pomen tu untuk susah payah dia check. Sebelum bawak pomen, survey dan mark dulu kereta. 
  6. 1st day datang tu (sebelum bawak foreman), pegi dulu test kereta. Ape yang perlu korang tengok? antaranya: (a) Body cat kereta (b) bunga tayar (c) level minyak engine (d) level coolant (e) keadaan engine, pastikan tiada leaking (f) tengok bawak kereta pastikan tiada minyak/leaking (g) start engine, datang pagi2 sebelum kedai buka. Dengar bunyi engine. Cuba tekan pedal minyak dari separuh kepada penuh. Pastikan tiada asap hitam. (h) Pastikan dalaman kereta bersih. (i) Pastikan semua berfunsi, lampu, signal, aircond, hazard, hon, wiper dan mirror. (j) Check bonet, pastikan tersedia spare tyre dan alatan. (k) Buka dan tutup semua pintu, pastikan tiada bunyi yg pelik. (l) Test drive. Test gearbox. Test jalan tak rata. Test langgar bonggol. Test belokan steering dan dengar bunyi pada bahagian tayar. Pastikan alignment tak lari. (m) Test brake. Penting!
  7. 2nd day datang, bawak foreman. Sebaiknya jangan tunggu lama2. Kalau dah puas hati dengan keadaan kereta, lebih baik cepat2 sebelum disambar orang.
  8. Minta freegift: tinted, payung, minyak full tank, wiper baru dsb.
  9. Dan puas hati, deal dengan seller untuk book@lock kereta. Tujuannya supaya kalau ada buyer lain, kereta sudah booked. Kalau korang tibe2 tak jadi, kira burn duit book tadi. Biasanya, kalau harga kereta 20k, boleh book dengan harga 5-6k. Bayar penuh sekiranya nama korang sah tertulis diatas geran kereta. Untuk langkah berjaga-jaga, snap IC dan lesen penjual (direct seller), kalau berurusan dengan used car, minta keluarkan resit booking. INI UNTUK CASH MONEY.
Mudah jer nak uruskan puspakom dan tukar nama di JPJ.. tak payah korang pening2 nak bayar beratus2 kat runner. Sebab kos buat semua tu tak sampai RM150 pon! Klik pada link untuk maklumat berkaitan URUSAN PUSPAKOM dan TUKAR NAMA JPJ

Honda City aku beli cash dengan harga RM19000 otr. Kenapa tak loan? sakit kepala bang nak bayar tiap bulan fikir berhutang lagi. Walaupun tak dinafikan beli baru tak berisiko, tapi kereta secondhand ni kalau pandai cari semolek kereta baru jugak. Itulah pasal kene usaha, bukan main redah je nak beli. Kereta baru pun, belum tentu menjamin selamat tiada kerosakan, cuma tiada risiko berbanding used car. Fikirlah, keputusan di tangan anda! So far, aku dah uruskan 3 buah kereta secondhand. 1st iswara, 2nd kancil dan 3rd honda. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. 

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua 😊 😊 😊
Share: