Followers

Tuesday, November 10, 2015

Tips Trik Kunci Hilang. Ape nak buat ni...???

Baru-baru ni kunci kereta aku hilang walaupun dengan keyakinan aku dah letak betul-betul dalam pocket beg aku. Kejadian berlaku depan kolej Dato' On UKM, lepas jer settle pick drop member aku kat kolej Kerismas, lepas jer park kat KDO... terasa something jatuh atas kaki, eh my tab! dan tak perasan pulak kunci tu pi follow jatuh sekali, tak dengar perasan terasa ape pun... tahu-tahu nak cari kunci dalam beg dah leboh! hehe... cari punya carik pun tak jumpa. Akhirnye terpaksa la pasrah, misi explore mencari tahu tips trik kunci hilang bermula...

Berdasarkan sedikit pembacaan, pengalaman dan dialog aku dengan tukang kunci berkaitan tips trik kunci hilang ni mungkin tak detail, tapi boleh dijadikan panduan sedia ada sebagai permulaan... ape 1st yang perlu dilakukan dahulu kalau kunci kereta motor ect hilang? dan sparekey pulak takdek! huh... riau kan? untuk pengetahuan semua, untuk buat kunci baru yang takde sparekey, memerlukan kos yang sangat tinggi! bagi aku sebagai student la... dengan kegawatan ekonomi Malaysia sekarang? aku boleh confirm korang mesti akan berjimat sejimat mungkin. 

Lebih kurang 4-5 buah kedai kunci aku tanya berkaitan masalah kunci hilang dan takde sparekey, plus beberapa sumber yang aku dapatkan dari beberapa buah blog. Kos untuk buat kunci baru dengan anggaran hampir tepat rm180. Kalau pintu dan bonet belakang, yang pakai chip, itu kira lain bang. Belum kira kos perjalanan tukang kunci ke tempat kejadian lagi (kalau yang panggil la). Itu buat kunci sahaja, kalau bagi yang gigi kunci (main key) dah rosak dan perlu ditukar... hah ni yang kasar, sebijik besar setapak tangan rm250! gile ko. Berdasarkan sembang aku dengan brader tu (tukang kunci), die cerita, sampai ade customer yang kene charge sampai rm800, malah lebih lagi bai. Same case what i'am facing right now.

Memula dia nak tukar yang sebijik rm250 tu install kat kete aku... aku macam pelik sebab member aku yang bukakkan kereta aku bagitahu, kunci tu boleh di bentuk menggunakan alatan tertentu, jadi kenapa perlu tukar ibu kunci (main key) sedangkan ok dan boleh dibentuk lagi? dengan alasan gigi dalam main key rosak sebab aku paksa on engine. Mungkin logik, tapi aku tetap jugak suruh bentukkan kunci baru dari ibu kunci yang lama. Die pun macam terkantoi, dan angguk je tanda setuju. Totally cost aku buat kunci engine, pintu dan bonet belakang sama, rm230. Ok lah... dari kene sampai 300-500? aku bersyukur dan belajar dari kesilapan.

Tips Trik Kunci Hilang. Ape nak buat ni...???

Tips Trik Hilang Kunci.

  1. Panggil foreman / pomen @ member yang tahu buka pintu, dan cabut semua kunci yang nak dibentukkan anak kunci. Contoh kunci engine, pintu dan bonet belakang ect. sekiranya pakai chip, kereta perlu dibawa ke kedai kunci, sebab drang nak matching chip tu dengan system kunci pada kereta. Kalau buat duplicate tanpa ada kereta (yg pakai chip), kereta tak boleh start sebab chip tak match.
  2. Bawak ibu kunci tadi tu ke kedai kunci. Bagitahu masalah dan mintak nak duplicate kunci pada ibu kunci yang asal. Anggaran kos rm160-180, aku dah tanya. Nak dibandingkan dengan rm300? alasan mahal sebab drang yang bukak dan pasang, jadi upah bukak pasang tu drang charge tinggi. 
  3. Elakkan masuk kunci selain kunci asal, takut gigi pada ibu kunci rosak @ hancur... kalau dah jadi macam itu, confirm la kene tukar baru. Jadi sebaiknye, panggil orang yang tahu bukak pintu secara manual. Biasenye drang akan kopak lining pada pintu driver, dan seterusnye.
  4. Paling penting sekali adalah sabar dan cube untuk berfikir secara baik... bukan ape, bile ko tak sabar, tindakan yang ko buat mesti ikut nafsu dan perasaan, lastly result yang dapat pun confirm la tak baik. Banyakkan searching, tanya orang  dan sesuatu yang positif.
Pesanan aku:

  1. Lepas dah buat kunci tu, duplicate terus anak kunci. Buat la dua sparekey, bagi pada kawan baik atau girl@boyfriend korang.
  2. Jangan tangguh2... kebanyakkan kes hilang kunci ni adalah disebabkan tangguh nak buat sparekey @ duplicate anak kunci. Bile dah hilang, kos dia melebihi dari masa dan duplicate anak kunci. Boleh buat segenggam anak kunci, Hahaha.
Reactions:


10 Powerfull Critical Thinking:

mas sastro said... [Reply to comment]

hancurkan pintu aje, hahahahaha
http://sahabatusahaku.blogspot.co.id/

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@mas sastro huish ganas kau bro... hahaha...

Firdaus Hariri said... [Reply to comment]

kawan baru je hilang dua dua kunci ni. agk agak mahal tk?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Firdaus Hariri dua2 kunci engine dengan kunci bonet ke? keras la sikit bro... melainkan cabut ibu kunci tu bawak gi kedai kunci. Bonet belakang tu kalau sama dengan kunci engine cantik la.. tapi kalau lain, suh pomen yg bukak ibu kunci kat blakang.. byar upah bukak pasang je kat foreman tu

Rizki Dito Subekti said... [Reply to comment]

Ada nombor foreman tu tak? Saya student bharu duduk kuo, tapi kunci tu ilang dan cari merata tak dpt. Boleh bagi tk?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Rizki Dito Subekti no foreman takde bro... sory :)

Muhamad Syukri said... [Reply to comment]

kebiasaanya mana2 kedai kunci boleh buat balik lunci dri ibu kunci tu ke?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Muhamad Syukri Yup memang drang boleh buat, tambah2 kedai cina. Cume nak kene berhati2 dengan harga drang..

Deena Bibi Nurkiah Hasmadi said... [Reply to comment]

Salam. Nak tya. Ibu kunci tu yg mana ea? Yg tmpt letak kunci ke? Stress gak ni kunci jatuh tym tgh bawak moto. Ujog sem plak. Dh pusing satu ukm dok carik xjumpa2 ��

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Deena Bibi Nurkiah Hasmadi Panduan ni untuk kereta sis.. saya cuba menjawab soalan sis :). Ibu kunci untuk moto yg kite masukkan kunci tu, ibu dia seketol, tempat masuk kunci tu sebehagian je. Kalau masalah kunci loose atau terjatuh, saya cadangkan sis beli je rantai atau tali yg biasa orang gantung nametag tu,, then gantungkan je pada handle moto. InsyaAllah selesai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...