Sunday, July 26, 2015

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

Typo adalah istilah bagi kesalahan dalam penulisan yang disengajakan atau tidak disengajakan. Kebiasaan typo berlaku ketika seseorang menulis dalam keadaan tergesa-gesa, contoh yang dapat dilihat apabila seseorang menghantar pesanan ringkas (sms) melalui whatsapp yang ditulis menggunakan telefon bimbit (smartphone) dalam kadar yang begitu panjang, tetapi lupa untuk membetulkan kembali mana-mana perkataan yang tidak jelas sehingga menyebabkan penerima tidak faham tujuan sebenar pengirim. Sesetengah pengguna telefon bimbit dikalangan muda-mudi tidak menjadi masalah untuk memahami perkataan typo oleh pengirim kerana mereka sudah biasa memahami beberapa istilah pendek dan dapat menjangka maksud dari perkataan tersebut.

Namun menjadi masalah apabila sms tersebut perlu dihantar kepada orang-orang tertentu atau pelanggan ketika membincangkan pekara penting dan sebagainya, dan itu tidak sepatutnya berlaku. Bagi menyelesaikan masalah ini, beberapa produk dan applikasi diciptakan bagi memudahkan pengguna menggunakan applikasi whatsapp dengan lebih mudah dan selesa dengan menggunakan komputer atau laptop.

Letih weh buat ayat skema.. typo ni sebenarnye best kalau saja-saja buat untuk tarik perhatian kononnye, boleh jugak dengan tujuan perli dan macam-macam lagi. Tapi aku abaikan je sape yang typo sebab maybe die ade keje dan perlu balas msg dalam masa yang sama. Cume kadang-kadang sesetengah perkataan tu boleh jadi maksud lain, jadi perkataan lucah pun hado.. so hati-hati lah kome yek!

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

Aku pernah guna dua produk yang membolehkan kite hubungkan line whatsapp dengan komputer atau laptop (how to whatsapp from pc), pertama dengan menggunakan software bluestacks. Aku sempat guna software ni sekejap je sebab maybe aku tak faham cara guna atau apelah, loading dia lambat sangat… pastu kene validate bagai ape lagi tah, penyudahnye uninstall terus. Second round aku try guna lagi, kali ni bukan setakat loading jer lambat, bluescreen terus laptop aku! Tiap kali nak launch, bluescreen.. sakit hati woo. Kalau korang rasa nak guna, boleh pegi website ni: http://www.bluestacks.com.

Untuk produk kedua, aku link kan whatsapp di handphone ke laptop guna website rasmi whatsapp sendiri. Hah yang ni puas hati la.. sebab tak perlu susah bagai nak validate download hape sume tu.. yang penting, laptop boleh akses internet, dan phone pun boleh connect internet. Cara dia mudah saja:

WhatsApp Menggunakan PC / Laptop

WhatsApp Menggunakan PC

1. Buka website https://web.whatsapp.com/.
2. Masukkan apa yang patut, no tel dengan password kot, lupa dah.
3. Connect PC dengan wi-fi, begitu jugak handphone.
4. Lepas dua-dua dah dapat connection, automatik website tadi akan detect interface whatsapp di hp korang, segala data, msg-msg lama dll.

Selamat mencuba!
Share:

0 comments: