Followers

Friday, July 24, 2015

Diary UKM : Check Keputusan Peperiksaan di Smpweb

Dengo-dengo kabo tak buleh check keputusan peperiksaan di Smpweb sekirenye pelajar masih ada hutang dengan pihak Universiti. Tapi baru-baru ni beberapa pelajar termasuk aku yang masih berhutang (yuran kolej) buleh jer check result dengan jayanya, pointer tak pointer tu lain cita la, yang penting buleh check! Bukan ape, kabo kengkawan yang lain setelah survey dilakukan mengatakan bahawa mana-mana pelajar yang masih berhutang takde hak untuk tengok result?

Diary UKM : Check Keputusan Peperiksaan di Smpweb

Untuk mendapat kepastian, sorang kawan ni pi tanya Bahagian Siswazah berkaitan check result ni laa.. alhasil terbukti tidak boleh check seperti yang diwar-warkan. Ade jugak kawan yang suggest suh tanya ketua jabatan untuk tahu result (cgpa) sebab kawan dia sendiri pi tanya ketua jabatan dan dapat tahu result (maybe kamcing la) terkini.

Persoalannye sekarang.. beno ke idak tak buleh check? Sebabnye, pelajar sebelum ni pun (semester lepas) yang masih ada hutang tapi still buleh check? Walaupun dah dapat kepastian dari pihak siswazah, desas-desus masih lagi kata buleh check. So ape kate kite check?

Diary UKM : Check Keputusan Peperiksaan di Smpweb

Huh!! Rupenye memang boleh check! Hehe.. nak hoorey pun tak boleh sebab result tak seperti yang disangka. Aku rasa la.. yang tak dapat akses untuk periksa keputusan peperiksaan ni bile pelajar ada hutang pengajian semester.. kebanyakkan kawan aku yang ada hutang kolej tetap boleh check macam biasa termasuklah aku. Mungkin jugak termasuk hutang library dan lain-lain.. tapi tu aku tak pasti.

Untuk check hutang, korang buleh pegi sini: https://ekew.ukm.my/efast/ (no matrik@KP dan password)

Untuk check result dan berkaitan data-data pelajar, klik link ni: https://smp.ukm.my/smpweb/index.cfm (no matrik dan password)

Ok dah, tak payah nak bangga sangat 4flat tuh! Simpan jauh-jauh, bak kate membe aku “pointer tak penting, yang penting ilmu tersebut bermanfaat dan dimanfaatkan untuk orang lain” fine. Hehe gurau je.. tahniah la ada kemajuan dalam hidup, asalkan kite berusaha untuk dapat yang terbaik namun Allah menetapkan hanya sekadar itu rezeki yang patut kite terima. Sebab hanya Dia yang tahu setiap yang berlaku, manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakal saja.
Reactions:


0 Powerfull Critical Thinking:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...