Followers

Monday, July 27, 2015

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Sebelum ni jawapan yang aku dapat lepas googling cara cuci ekzos menunjuk cara ekzos perlu dipotong, dibakar dan disambungkan balik dengan alat welding. Nampak macam susah dan renyah je… cost jugak mesti mahal dan makan masa yang lama motor tersadai kat bengkel, kene pulak nak gune keje pegi keje tiap hari. Tapi normal la kalau hantar bengkel dalam keadaan motor yang rosak teruk, perlukan masa untuk baiki. Lepas tu pulak, nampak kesan welding kat ekzos… bagi penggemar motosikal yang extreme, sampaikan habuk sikit atas meter pun dia lap, minyak leleh sikit trus basuh… inikan pulak kesan kekal welding, hehe…

Rupenye cara di atas tidak lagi diguna pakai melainkan memang sengaja nak buat macam gitu, saje boring buang masa. Ada cara yang lebih mudah dan efektif yang kebanyakkan orang guna cara ni untuk clearkan carbon dalam ekzos, adalah dengan menggunakan soda. Soda ni ape? Ntah la… aku sendiri pun tak tahu, tapi info dari pekerja hardware kata soda ni untuk cuci longkang. Ok soda korang boleh dapatkan kat mana-mana kedai hardware, ade yang jenis fluid, tapi aku guna yang soda ketulan. Tengok contoh soda ketulan kat atas.

Cara Cuci Ekzos (FZ150i) Menggunakan Soda

Cara cuci ekzos menggunakan soda (rm3.00) ni sangat mudah… cume perlu berhati-hati, pakai sarung tangan (aku gamble je x pakai) takut terkene asid soda ni. Bile korang campur dengan air, dia akan menggelegak macam buih tooo… safety first.

Step-step dia:


Hasil cuci ekzos menggunakan soda

1. Soda + Sabun + Air panas (campurkan).
2. Tanggalkan ekzos, tutup semua lubang kecuali lubang untuk tuang soda.
3. Masukkan Soda campuran tadi ke dalam ekzos.
4. Tutup kesemua lubang, peram selama 2-3 hari.

Korang boleh cari penjelasan yang detail berkaitan cara cuci ekzos guna soda ni… ni tutorial ringkas yang mudah untuk korang faham. Hasil dari cucian menggunakan soda ni, akan terasa kelainan bunyi pada ekzos, pastu time ride nanti korang jugak akan rasa ke “best” an lepas clearkan carbon, kat atas aku letak video hasil dari cucian ekzos menggunakan soda, hitam wehhhh….

Selamat mencuba.
Reactions:


0 Powerfull Critical Thinking:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...