Followers

Friday, January 23, 2015

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Aku nak share serba sedikit pengalaman aku selama menguruskan pinjaman Mara, ape yang dahpun aku hadapi dan ape saje yang perlu kite tahu berkaitan proses Mara terima atau tidak permohonan kite dan acaner kite nak tahu permohonan kite berjaya atau tidak. So aku akan gunakan penulisan dan peneranga sesantai mungkin, atau mungkin menggunakan istilah yang aku sendiri pun tak faham.. pandai-pandai la kome faham yep.

Antara perkara yang selalu merosakkan mood aku adalah duit, ade ke idak duit, cukup ke idak nih, camne tu camne ni.. sebenarnye tak perlu risau gelisah bagai, setiap pekerjaan baik yang kite lakukan pasti akan mendapat pertolongan dari Allah, musti ada jalan punye. Sebelum aku mohon Mara, aku dah mohon dulu Mybrain. Secara singkat ape tu Mybrain adalah bantuan kerajaan kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan Phd, untuk lebih lanjut.. sila buat pencarian berkaitan Mybrain atau boleh KLIK SINI.

Soo.. lepas aku dah berjaya daftar (boleh rujuk sini) dan kemaskini segala maklumat yang diperlukan, haku ingatkan buleh la settle tunggu macam tu jer.. ropenye ado koje lagi perlu diselesaikan.. hayyak.. dan keje tu pun perlukan kesungguhan dan kerajinan tuan punya badan. Macam aku buat lambat-lambat, so result pun mesti lambat.. dan jangan dengki dengan kawan yang dapat awal sebab drang rajin pegi submit awal. Lepas dah daftar, diterima dan siap mengemaskini segala maklumat.. ape yang perlu dibuat adalah print out borang-borang dan buat soletap (macam asingment tu). Rujuk buku panduan yang diberi, satu lagi saran aku, baca satu persatu dan fahami dengan jelas setiap patah perkataan supaya korang tak buat kesalahan.

Lepas dah soletap bagai mengikut sepertimana arahan dalam buku panduan, aku tak perlu cerita detail macam setem hasil, penjamin, cop di pesuruhjaya sumpah dan sebagainye. Berkaitan dengan pesuruhjaya sumpah, korang perlu hadir bersama penjamin (ayah ect) ke mahkamah, jadi macam mana kalau jauh macam aku UKM ke Ipoh? setelah mendapat saranan dari member, tak perlu penjamin turut hadir, cukup korang bawak borang yang perlu dicop tu ke office pesuruhjaya sumpah. Tak pe ke? soal takpe ke ape ke.. aku tak berani jamin, tapi masa aku buat takde hal pun. Pegawai tu tak tanya banyak, mintak borang.. kite kabo le nak cop pesuruhjaya sumpah, kite perlu sediakan duit Rm10 kalau tak salah dan diserahkan pada pegawai tu, untuk ape duit tu.. nanti korang tanya sendiri. So kat mane lokasi pesuruhjaya sumpah tu? kalu kome di UKM Bangi, di area stesen bus Kajang.

Haaa lopeh dah settle semua.. nilah masanya untuk kome jalan-jalan di KL. Ok segala borang tersebut perlu diserah dan disahkan oleh pegawai Mara di Ibu Pejabat Mara, ikut tempat kome le.. kalau aku di KL ni alamatnye:

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah MARA (Khidmat Pengurusan) Tingkat 26, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur. Tel : 03-2613 9994

Siap ado no telepon lagi. HQ Mara di KL ni agak tersorok sikit sebab dia combine dengan banggunan ape ntah.. lupe dah aku. So untuk tahu exactly HQ Mara ni, bertanya lebih baik dari mendiamkan diri. Tanya la orang-orang berhampiran anda. Aku boleh bagi peta setakat korang tahu SOGO? keluar dari pintu depan SOGO, jalan lurus ke kiri dan korang akan jumpa HQ Mara. Tanya orang OK, sebab memang agak susah nak carik.

Ok lepas dah jumpa HQ Mara di tingkat 4 kalau tak salah, prepare borang kome sebaik mungkin, pastikan segala T.T, cop, helaian dan sebagainye mencukupi. Bukan ape, ni untuk mengelak kome dari dikondem oleh pegawai yang hampeh. Masuk pejabat diorang, amik no dan beratur ikut giliran.. jangan kau redah pulak, ingat tu. Bile dah sampai giliran kome, serahkan segala borang kepada pegawai dan mereka akan mengesahkan adakah anda mengikut sepertimana tertulis dalam garis panduan. Kalu ada yang tak OK, dia akan bagitahu.. tak perlu cuak ke hape, tanya dan dengar baik-baik sebab sangat penting untuk kome faham ape yang problemnye. Ramai jer members aku lepas dengan sekali hantar, aku je 3 kali hantar. Hehehehehe.

Untuk pengetahuan korang, kalau pegawai tu dah kate OK dan dia simpan borang tu, bermaksud 30% permohonan Mara korang akan diterima, tapi belum confirm selagi korang tak lepas masa menunggu melebihi 3 bulan. Tapi ramai jer dapat awal sebelum 3 bulan? 2 minggu lepas hantar dah dapat? memang betul ape yang korang cakap, ada sesetengah pelajar dapat awal tanpa perlu menunggu 3 bulan, mengikut beberapa maklumat dari member selepas die sendiri call tanya pihak Mara, pelajar yang dapat awal adalah disebabkan mereka hantar borang sebelum 2 minggu selepas mendaftar di dalam sistem (pendaftaran awal). Bagi yang terlepas atau hantar pada minggu ke 3 dan seterusnye, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan. Kalau tak salah aku, yang hantar borang sebelum 2 minggu selepas mendaftar di dalam sistem tu mereka dapat Mara lepas 1 bulan menunggu. So harap korang faham penjelasan berterabur aku.

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Lepas dah settle semua borang, korang boleh daftar di ebaki Mara untuk check segala maklumat berkaitan pinjaman Mara korang. Boleh KLIK LINK ni, cume sekarang ni sistem sedang diselenggara so korang tak buleh nak daftar, bile waktu OK aku sendiri pun tak tahu.

Lepas dah berjaya daftar, ape yang perlu kome buat adalah menunggu mengikut Mara kome diterime sepenuhnye. Macam aku cakap tadi, antara 1 bulan atau 3 bulan mengikut masa mengkome nganto borang ke HQ Mara, kalu tak faham.. baca balik penerangan di atas, almaklum, kekadang orang excited sangat sampai mende penting pun jadi tak penting. Okeh pada perenggan seterusnye aku akan share pulak pengalaman berkaitan respon Mara pada permohonan kite, proses ke idak, kat mane nak tahu permohonan diterime sedangkan Mara memang takkan inform kecuali ade hal tertentu. Ni pengalaman member aku setelah 3 bulan lobih menunggu tak yo masuk-masuk, sampai ada yang sound-sound dekat FB.. yolah, respon takdek, tunggu 3 bolan lebih nih.. sapo tak marah?

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

So guane? perkara pertama buleh kita usahakan adalah dengan menghantar email kepada pihak Mara mengikut kepandaian mengkome mengolah kata-kata seperti contoh di atas. Aku buat macam gini setelah mendapat saran dari beberapa rakan lepas mereka mendapat direct respon dari Mara sendiri, maksudnye, lepas diorang call or email, Mara terus respon kata duit akan masuk dalam masa terdekat. Email dan no telefon Mara ada disediakan kat bawah, atau kome buleh download sendiri panduan, pertanyaan dan bantuan direct pada pihak Mara di eBaki Mara. Untuk pengetahuan mengkeme, lepas teman nganto email, Mara tak respon mende pun.. maksudnye kat sini, luck tu penting, bukan semua orang Mara akan respon, tapi paling tidak kite ada usaha, right? Satu lagi, bukan mudah nak dapatkan email Mara khusus bahagian pinjaman, lepas kome dah download di eBaki Mara, kome akan faham maksud teman.

infobpp@mara.gov.my,
sulfikah@mara.gov.my,
nhasidah@mara.gov.my,
No tel: 03-2613 2494

Diary UKM: Share Pengalaman Pinjaman Pelajaran Mara (eduloan)

Perkara kedua pulak adalah dengan memeriksa akaun Mara eduloan kome. Cube perati gambar email di atas, di bawah perkataan Sila cetak maklumat di bawah ada banyak borang right? Mara diterima 95% selepas borang-borang tersebut telah di padam kecuali Surat Tawaran. Lepas semua borang dah dipadam kecuali Surat Tawaran, keme buleh la check Maybank2u atau bank yang telah didaftarkan. Aku tak rekemen kome nak check bank hari-hari.. sebab sakit hati jer mende yang same, walaupun keme check di eduloan Mara pun same je.. atleast kurang la sikit sakit hati tu, bagi aku la. Lagipun kalau check di eduloan Mara, dan hanya tinggal Surat Tawaran, bermaksud permohonan pinjaman Mara telahpun diterima 95%, hanya perlu tunggu 2-3 minggu.. tapi aku dapat 1minggu ++ jer.

Ape-ape pun.. selamat buat korang semua, moga berjaya dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Silekan bertanya jika ada kekeliruan berkaitan pinjaman pelajaran Mara di bahagian komen. Ada dua lagi bantuan yang boleh kome mohon, Mybrain15 dan Zakat UKM, yang ni nanti lah aku cerita.. tak larat nak naip yoep!

Beberapa panduan mungkin diperlukan:

arahan borang Mara
eduloan-FORM
Panduan Permohonan Online MARA _ 04-21 Feb 2013
tatacara-pengisian borang pinjaman mara
Reactions:


30 Powerfull Critical Thinking:

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya pelajar siswazah Master UM jurusan Bioteknologi, dan bekerja sebagai pembantu penyelidik. Layak ke memohon pinjaman MARA ni?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous sy x pasti bg pekerja part@fulltime kerja tuk mohon mara. Saran sye, trus ke HQ dn tnya pd pegawai kt sana, klu call, susah nk dpt respon.

Anonymous said... [Reply to comment]

Asalam...saya ni nak memohon MARA eduloan..tapi eduloan untuk 2014 online belum lagi dibuka.adakah saya perlu call MARA atau pergi ke pejabat MARA?

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam..banyak soalan ni. Huhu.. Nak tanya, eduloan memang selalu buka time september je ke? Then, awk sebelum dpt eduloan, awk apply mymaster mmg dh dpt la my master tu? For how long ek? Sampai skrg ke? Then, dpt lg eduloan? Kiranya sekarang dpt guna both. Macam tu ke? Peningnya fikir pasal yuran master ni. I just submit my application online utk master UMT feb intake and will takes up to 3 month before dpt offer letter. so, maybe dalam bulan 5 baru kena bayar yuran which is high cost for me.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous call jer pun dah cukup, tanya bila MARA 2015 dibuka. Takut2 MARA x angkat call, kalu rajin direct terus ke pej. MARA, lagi bagus.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous
1. eduloan memang selalu buka time september je ke?
- masa sy apply memang bulan sep bukak, tapi utk kali ni tak pasti.

2. awk apply mymaster mmg dh dpt la my master tu? For how long ek?
- yep dpt mymaster, drang respon 1 bulan, sy tolak mymaster sebab nak MARA. Either one.

3. kalau awk pengambilan master buln 9, yuran tu awk kene dahulukan la duit awk, mymaster @ MARA perlukan offer letter sebagai syarat utk dptkan pinjaman. MARA lepas 3 bulan akan tutup permohonan (sy x pasti), jdi awk boleh apply mymaster dn mymaster akan recover yuran yg awk dh bayar untuk feb intake nnti.

- Saran sy, pilih salah satu MARA @ mymaster, MARA pinjaman boleh ubah, mymaster ni pembiayaan pegajian, so tak perlu bayar balik. MARA dpt lbih kurang 27k (depend your cost), mymaster 10k.

Anonymous said... [Reply to comment]

Thank you so much! Awk rasa okay tak kalau for the time being saya apply mymaster dulu sbb eduloan MARA belum buka lagi. Then, bila buka sy apply tu in sha Allah dapat, sy tolak mymaster and stick to MARA. Is it okay..or not?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous oh x boleh macam tu.. kalau awk dah apply mymaster, kire dah terikat ngn mymaster, tak boleh tolak mymaster lpas dh submit atas alasan nk amik MARA, melainkan awk amik dua2.. tp risiko tu besar la.. kawan2 sy rmai jer amik dua2

Anonymous said... [Reply to comment]

Oh macam tu.. guess shud choose whichever comes first. What will be the risks of taking both btw?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous awk fikir2 la mana megikut kemampuan, MARA setahu sy penjaman boleh ubah, so kalau pointer bagus, maybe akan ada potongan dan sebagainye. Mybrain ni 10k jer, kalau penginapan, makan minum, kos sara hidup ditanggung mak ayah (rumah dekat dengan uni), so baik la amik mybrain.. takde fikir hutang nanti.

Kalau awk amik dua2, sekirenye kantoi, kemungkinan awk perlu byar penuh MARA.

Syazana Nong Keria said... [Reply to comment]

Kalau baru nak ambil degree tahun pertama boleh ke mohon pinjaman mara ?

aqilahalim said... [Reply to comment]

Salam,
Saya nak tanya kalau memohon dulu tanpa surat tawaran Master bagaimana ya? Dan adakah syarat CGPA degree diambil berat?

Terima kasih

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@aqilahalim salah satu syarat untuk dpt kelulusan pinjaman MARA dari surat tawaran yang dikemukakan. CGPA takde msalah rasanya.. sebaiknye call MARA untuk lebih confirm.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Syazana Nong Keria Boleh n selamat belajar :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam.Saya call pihak mara tntang bila pinjaman 2015 akn dibuka.Tp respon pihak mara just suruh tunggu update..Saya bakal daftar master april ni.If bulan 9 baru dibuka,adakah untuk semester sebelumnya dikira self sponsor or mara still akam cover yuran? Risau sebab check eduloan still belum dibuka.

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalam ... Saya dah buat pinjaman mara sejak dari oktober tahun lepas lagi tapi masih takde khabar berita apatah lagi duit. Tapi yg memeningkan kepala saya sbb dlm surat tawaran kata saya tak dapat elaun sara diri. Mcm mana nk mohon utk elaun sara diri?

nur azwani said... [Reply to comment]

Salam..sy dpt 22 sekali.. skrg sy trsedar sy xde integriti... Jd apa cdgn yg harus sy buat?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@nur azwani wassalam, dapat dua2 sekali? kalau awak berani tanggung risiko silakan terima dua2.. tapi kalau awk pilih salah satu, yg lagi satu just ignore.. ke dua2 bantuan dahpun awk terima?

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous wassalam.. memang untuk tahun ni tak buka, tapi tak tahu la kut2 hujung tahun MARA pulak. Kalau bulan 9 baru dibuka, semester sebelumnya dikira self sponsor.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous Wassalam... kalau dah mohon bulan 10 tahun lepas sampai sekarang tak dapat2 lagi, tu awk kene pegi pejabat MARA, kawan saya pernah jadi, tapi lepas dia selalu update tanya, baru dapat. Takut kadang2 permohonan kite ditolak tanpa diberitahu, so memang kene update dengan pihak MARA, bawa offer letter dll.

Anonymous said... [Reply to comment]

untuk tahun 2015 x buka? betul ke? saya sudah dapat offer letter utk master september nie dan memang mengharap eduloan mara utk byr yuran...

Anonymous said... [Reply to comment]

Tahun nie x buka? betul ke tuan?

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum. Kalau saya buat Master by Research mode, buat pinjaman mara, macam mana? boleh tukar kepada biasiswa jugak ke? maksud saya, pinjaman mara kan pinjaman boleh ubah, macam mana nak ubah kepada biasiswa sedangkan Master by Research xde pointer. Harap dapat membantu. Thank you in advance :)

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous setahu saya dengar khabar memang tak buka utk thun 2015, sebaiknye call dan tanya MARA sendiri.

Nur Huzaimah said... [Reply to comment]

sya pun dh pernah call mara sendri utk bertnyakan pasal tawaran pinjaman ni..tp die kata xpasti akan ade ke tidak..tunggu je katanya..tapi mcm xpuas ati juga..sbb dh xde cara lain..mybrain15 utk yg buat separuh masa bg yg bekerja mcm sya..then no choice

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalam..
Saya apply mara hujung bln 7 hari tu dan dah submit dokumen berkaitan seperti diminta. Tapi belum ada berita. Soalan sy, kalau pinjaman diluluskan adakah dpt full coverage utk yuran??ke mara xbackdated? Bukak permohonan pon dah masuk sem 2..Skrg dah hujung sem 2. Yuran tak terbayar lg..pening2

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Nur Huzaimah untuk pengetahuan sis, mara skrang dah tak macam dulu... mmng orang dalam sendiri pun tak tahu sistem mara sekarang ni macam mana, dan susah untuk explain pada orang yang bertanya. Saya sendiri pun tak tahu bila MARA akan bukan untuk pernohonan.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous waalaikumsalam, maaf atas kelewatan membalas, domain problem.

1. MARA bukan dah macam dulu, mara dah buat sistem pinjaman peribadi (personal loan), dan takde dah ikut pada CGPA sekiranya 3.7 above akan dpt biasiswa. Sistem skrang, awk pinjam 27k, awk kene byar 27k. Ade juga saya dengan cerita akan dikenakan bunga.

2. Sekiranya dapat, MARA tak cover yuran, drang akan bagi permonth rm800.

3. Masa sy apply dulu, dalam 3-4 bulan dah dapat feddback samada diterima @ tdk. Jadi sebaiknya awk pegi pejabat mara dan direct tanya samada perhomonan lulus atau tdk.

Harap membantu :)

Anonymous said... [Reply to comment]

agak2 kalau bertanya 17/1/17 ni.. reply lagi ke empunya blog. haha

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous insyaAllah kalau sy free sy reply.. kadang2 tak masuk email, so tak tahu ada org komen dsb.. nak mudah boleh direct email pada sy.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...