Followers

Monday, September 8, 2014

Diary UKM : Penginapan Kolej Bagi Siswazah Sarjana

Keme yang nak sambung pengajian di UKM peringkat Master ni kene banyak usaha dan berdikari, banyakkan bertanya dan jangan bodoh sombong.. kalau idak sampai bile pun masalah takkan selesai. Terutama masalah penginapan (kolej) kat UKM ni. Ni untuk pelajar Master saje ok, sebab kalau ijazah pertama takde masalah, penginapan tuk first semester disediakan dalam surat tawaran.. so kome (1st degre) just datang dengo taklimat, minggu orientasi dan ect.

Pengalaman ku nak mencari kolej @ tempat menginap hampir seminggu ulang alik ke setiap kolej, kalau tak salah ada 10 buah kolej yang disediakan kepada pelajar luar maupun dalam. Yang stay luar @ rumah dekat UKM tu takde hal la.. ni cite pelajar yang nak mohon menginap dalam kawasan UKM.

DIARY UKM : PENGINAPAN KOLEJ BAGI SISWAZAH SARJANA

Untuk pengetahuan kome, UKM memang sediakan kolej, tapi tak ditetapkan tempat untuk pelajar Master, haaa... ni yang jadi masalah.. takpe, kome takde la merase macam aku rase sebab aku dah guide kome  kat sini, at least tahu cara-cara nak dapatkan kolej.. aku sendiri je weh, nak tahu tanya orang la, normal la dah beso panjang nak orang suapkan sampai bile?

Ok sebelum mendaftar, pastikan kome dah ade tampat untuk berkubu, tak kisah la homestay ke hotel ke rumah sedara dan sebagainye.. melainkan nak rambo, boleh stay kat masjid UKM tapi kene sediakan perisai untuk berperang dengan nyamuk. Sikit punye hal pun nak kecoh bagai pasal nyamuk, camne la nak berdepan dengan pelbagai lagi masalah untuk hari berikutnye?

Di hati pendaftaran, kome akan ditempatkan di bahagian pendaftaran PPS selama proses pendaftaran selesai, tak sampai setengah hari pun kalau semua menepati syarat UKM, sekiranya ada sebarang masalah, boleh rujuk terus di bahagian Bilik Rundingan, jangan riso.. semua bilik dalam banggunan yang sama.. tapi mungkin mase kome nanti dah berubah pulak step dia.

Aku tanya jugak di bilik rundingan tu berkaitan masalah penginapan, jawapan brader tu mudah je.. refer Kolej Keris Mas, mak aiii.. dah la takde taklimat langsung pasal ni, boleh plak dia jawap cenggitu? Ok lah lepas settle semua, aku gerak terus KKM, tanya ade kosong tak bilik single untuk student Master? jawapannye.... takde dan tunggu hingga 15hb selepas semua student degree n foreigner.

Untuk pengetahu kome, aku dah ada kat UKM sehari sebelum pendaftaran 28 Ogos tu, dah pusing satu UKM mencari kolej, yelah paling tidak tak susah aku nak berulang dari Klang ke Bangi tempat umah sewa abg aku tu.. jammed dari Jenjarom ke Dengkil dan setengah jam.. so biar susah sekarang dari susah kemudian hari. Setiap kolej yang aku tanya, semua jawapn same, kene tunggu 7, 10, 15 hb baru boleh nampak kekosongan bilik.

Kalau dah jadi macam gini, ada cara yang boleh kome cube :

DIARY UKM : PENGINAPAN KOLEJ BAGI SISWAZAH SARJANA

1. Amik borang permohonan di mana-mana kolej, copy 10 borang sebelum isi.

2. Hantar borang setiap kolej yang kite mohon, dalam hal ni tak payah la memilih sangat kolej dekat or jauh, melainkan betul2 memerlukan kolej dekat atas sebab2 tertentu, ok la kot.. mane ade mende mudah nak mudah? mesti kene lalui susah dulu..

3. Then tunggu la keputusan kolej camne, macam aku, ade jer kolej inform permohonan telah berjaya, ade jugak kolej yang harap pelajar tu datang sendiri pada tarikh yang ditetapkan untuk update kekosongan bilik.

Nak cite rezeki, kemarin dapat kolej Keris Mas, tu pun lepas wat muke sedih je depan kakak tuh.. hahaha.. besoknye lepas kelas, dapat inform dari kolej Ungku Omar kalau aku berminat nak stay kat situ.. padahal ramai lagi student Master yang mengharap dapat stay dalam U. Rezeki seseorang kite tak boleh jangke, tengok pada usaha susah payah.. barulah dapat hasil.. kalau idak, sampai bile pun takkan berjaye.
Reactions:


6 Powerfull Critical Thinking:

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih story tntg ni. Sy nk masuk bulan 2. Post ni berguna sgt ������

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous selamat maju jaya walau siapapun anda :)

Anonymous said... [Reply to comment]

So basically kalau nak apply kolej dekat ukm ni memang kena isi manual ya? Means takde permohonan online ke apa ke.

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Anonymous nak apply kolej masa taklimat tu, drang akan bgitahu kolej mana yang masih kosong, pegi je pejabat kolej tu, direct mohon kat situ... yang kene mohon manual ni bila kolej takde yang kosong.... so bila dah apply manual, bila ada kolej yang kosong, dia akan direct contact kita.

Neddy Nasir said... [Reply to comment]

Salam,
saya nak tanya sb masih keliru.
Saya akan daftar utk mater Sept ini dam mushkil sama ada memang dah ada tempat di sediakan or kene cari sendir.
Kalau cari sendiri bila boleh cari? sebelum hari daftar, semasa or selepas? kalau apply time hari daftar tu ada posibliti ke xde penginapan untuk stay? naya tu kalu xde tempat tingal kn..sebab kt surat tak de explain any regarding penginapan. thanks

Adduat Zainal said... [Reply to comment]

@Neddy Nasir waalaikumsalam. Penginapan memang ada di setiap kolej, tapi perlu cari dan mohon sendiri.

Kalau sept nih daftar, boleh apply setiap kolej lepas daftar, ingat apply setiap kolej, sekiranya diterima, drang akan sms. Kalau tak salah, saya ada share surat permohonan kolej, atau boleh dapatkan dari mana2 kolej. Rasanya sekarang dah boleh mohon online.

Semoga membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...