Wednesday, April 30, 2014

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Accessories kedua yang menjadi pilihan aku adalah Sportrim, dari dulu lagi aku tergile-gile nak pakai sportrim untuk first car aku.. maka tercapailah impianku pakai sportrim. Duit waktu tu memang barai, tibe-tibe keluar idea untuk letgo PSP kesayangan ku, cari punya cari.. dapat la buyer dengan harga Rm430.

But the problem is, mane aku nak cari rege sportrim Rm450? maka bermulalah misi keliling Ipoh.. start dari area Tambun, Taman Perpaduan, Tanjung Rambutan sampailah ke Medan Gopeng. Seperti biasa, sebelum misis keliling Ipoh ni aku dah kuatkan semangat dalaman dengan mencari tahu isu-isu semasa berkaitan sportrim, kualiti, jenis yang tahan dan murah, size termasuklah bentuk2 yang menjadi pilihan kebanyakan orang.

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Bukan sportrim je aku kene selidik, tayar pun antara komponen penting aku kene amik tahu. Jenis tayar, fungsi tayar, kesesuaian dengan kuasa kuda sesebuah kereta dan kelebihan kelemahan bunga tayar untuk beradaptasi dengan cuaca sekarang, contoh untuk tahu lebar, tebal dan size satu tayar boleh tengok contoh gambar tayar di atas. 155 = Lebar, 70 = Lebar, R12 = rim size 12. 

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)
Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Untuk kreta Iswara Aero 1.3, rim standard adalah size 13 (R13), untuk modi sportrim dengan c.c 1.3 size rim 14 menjadi pilihan, nak pakai lagi besar takde masalah, cume takut kereta tak larat nak menampung berat tayar + rim, berat body, penumpang dll, bayangkan c.c 1.3 nak bawak semua keberatan tu? confirm2 minyak parak (kuat) punye, sekadar nak "menyemat" OK lah.

Pikir-punye pikir, kawtim punya kawtim.. maka aku setuju lah untuk pakai sportrim size 15 (195/50/R15), tokey tu setuju nak amik rim besi aku dengan harga Rm300? memang aku pun tak caya, banyak kali aku tanya untuk kepastian, tapi aku tak terkejut la.. nanti dia kate ape lak, buat macam jual mahal sikit.. muehehe..yang best, tokey tu bukan saje amik rim besi aku dengan rege Rm300, dia siap bagi best price untuk tayar second (boleh la guna 5 bulan) bagi keempat-empat sportrim, adjust alingment, nut silver semua skali Rm480. Huh!

Brand sportrim aku? terlupe pulak aku nak tanya.. memula nak amik yang BBS R14, rupenye cap ayam, last2 aku pilih R15, memang agak berat, tokey tu rekemen yang R15 sebab katenye agak tahan.. bile diketuk, bunyi lebih padat berbading BBS cap ayam tadi, tapi ada sikit berat (tokey tu cakap) dan memang aku test angkat kedua-duanya sekali, naik muscle aku belah kanan

Jadi kiraan secara kasarnye, Rm480 + Rm300 = Rm780 untuk kesemuanya sekali sportrim R15 + tayar 195/50/R15 + silver nut + adjust alingment. Disebabkan tokey tu setuju nak amik rim besi aku dengan harga Rm300, maka aku pun bersetuju. Sebenarnye rim besi belah kanan belakang tu dah bengkok, sebab tayar asyik pancit je dalam 2-3 hari.

Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)Kedai SportRim Area Ipoh (Tanjung Rambutan)

Lepas sejam, berubahlah wajah Iswara Aero aku dengan ber makeup kan tinted dan sport rim baru. Maka dengan rela hati terpaksalah melayangkan beberapa keping kerta bewarna biru dan purple. Eh nyaris terlupe lagi, kalau nak runner kedai tempat aku amik sportrim ni, boleh datang Ipoh area Tanjung Rambutan, nama kedai aku lupa.. berdekatan dengan Petronas, sebelah kedai makan Barakoh kalau tak salah. Selamat bermodified!
Share:

0 comments: